Web Branding

KANDUNGAN LAMAN WEB YANG BAIK

[vc_row][vc_column][vc_column_text]

Jika kita memasuki laman-laman Web yang bagus kita akan mendapati laman-laman itu mempunyai beberapa ciri-ciri utama yang serupa.

[/vc_column_text][vc_custom_heading text=”BERIKUT ADALAH BEBERAPA CIRI-CIRI AM YANG SESUAI UNTUK SEMUA LAMAN WEB DAN BOLEH DIJADIKAN SEBUAH GARIS PANDUAN KHUSUS UNTUK MEMBINA SATU LAMAN WEB YANG LENGKAP DAN BAIK.:” font_container=”tag:h3|text_align:left” use_theme_fonts=”yes”][vc_column_text]

Peta tapak (site map) – Susunan laman Web yang teratur dan disertakan sambungan-sambungan yang jelas akan menjadi daya tarikan kepada pembaca. Bagi mendapatkan “output” yang menarik disarankan anda membuat peta tapak iaitu “outline” bagi laman Web anda dengan menunjukkan ide dan topik besar bersama-sama dengan subtopik yang terkandung di dalamnya. Peta tapak ini juga memaparkan struktur heirarki untuk tapak Web anda. Susunkan kesemua data dan informasi yang ingin anda masukkan supaya ia kelihatan kemas. Ini akan memudahkan pembaca anda memperolehi sebarang informasi yang dikehendaki mereka. Para pengunjung pasti akan kembali ke laman Web anda jika ia dapat memenuhi apa yang dikehendakinya

Navigation Bar – Navigasi yang konsisten amat perlu untuk setiap laman Web. Biasanya Navigation bar diletakkan di atas setiap mukasurat laman Web dan hendaklah konsisten antara satu muka dengan muka yang lain. Tidak kurang juga Navigation berada di sebelah tepi sesuatu laman Web. Terdapat juga laman Web yang membahagikan mukasurat mereka kepada dua bahagian: satu mengandungi Navigation bar dan satu lagi mengandungi isi kandungan yang hendak disampaikan. Rekabentuk begini menetapkan Navigator pada kedudukan asal walaupun butang Navigation berlainan ditekan. Navigation bar yang digunakan tidak terhad kepada teks sahaja. Penggunaan grafik akan menampakkan sesuatu laman Web itu lebih cantik dan menarik. Tidak kira anda menggunakan teks atau grafik apa yang penting ialah, setiap butang Navigation bar itu perlu mewakili sambungan-sambungan yang tertentu dengan jelas dan tidak mengelirukan pembaca. Jika perlu warnakan butang mukasurat yang sedang dilawati dengan warna yang berlainan dengan mukasurat-mukasurat lain atau buatkan ia sebagai butang tidak aktif. Sebagai tambahan masukkan  butang “back” dan “foward” ataupun “previous” dan “next” bagi menyenangkan pembaca.

Mukasurat profil – Jangan hairan jika ada sesetengah laman Web tidak mengandungi mukasurat berkenaan siapa mereka dan bagaimana cara pembaca boleh menghubungi mereka. Lebih menghairankan jika laman Web “misteri” itu terdiri dari mereka yang terlibat di dalam penjualan produk atau perkhidmatan. Pembaca tentu sekali berminat malah merasa lebih terjamin mengetahui tentang individu disebalik tabir. Pastikan terdapat sambungan di dalam laman Web anda yang membolehkan pembaca emel anda. Emel sahaja tidak mencukupi. Pastikan anda memasuki cara-cara lain seperti ruangan komen (feedback) untuk pembaca berhubung dengan anda. Anda diingatkan untuk memasukkan nama dan alamat surat menyurat anda.

Borang komen – Ruangan komen membolehkan pembaca meminta maklumat diperlukan secara “online” dan tidak perlu menyalin nombor telefon dan menghubungi anda. Anda juga tidak perlu memeningkan kepala melayan pemanggil-pemanggil. Sebaliknya anda hanya  perlu menjawab sebarang pertanyaan melalui emel ataupun surat. Bukan setakat tempat mendapatkan informasi, ruangan ini juga bertindak sebagai alat untuk memperbaiki sebarang kelemahan yang terdapat di dalam laman Web anda. Anda dapat memperlengkapkan informasi-informasi di dalam laman Web anda berdasarkan komen-komen dari pembaca.

Kandungan yang menyeronokkan – Pembaca berharap untuk memperolehi informasi yang dikehendaki apabila melawat sesuatu laman Web. Anda harus membina laman Web yang dapat memberikan pembaca apa yang mereka mahu. gunakan ayat-ayat yang ringkas untuk menarik pembaca tanpa membebankan mereka dengan perkataan-perkataan yang susah. Jika perkataan-perkataan saintifik perlu digunakan, sediakan maksud perkataan itu sekali. Informasi yang lengkap akan menarik pembaca untuk kembali berkunjung ke laman Web anda. anda tidak perlu risau tentang ruangan kerana tidak ada ruangan yang terhad di dalam internet.

Soalan lazim (FAQ – frequently asked question) – Anda mungkin berhadapan dengan soalan-soalan yang sama dari pembaca-pembaca yang berlaianan. Dengan mewujudkan ruangan FAQ, anda boleh menjimatkan masa anda menjawab soalan yang sama berulang-ulang kali, dan sekaligus menyenangkan pembaca-pembaca lain dengan menyediakan jawapan bagi soalan yang bakal ditujukan kepada anda. Kebanyakan laman Web yang mengandungi ruangan FAQ ini, biasanya akan menyenaraikan soalan-soalan popular di bahagian atas muka surat dengan membuat sambungan kepada jawapan-jawapannya. Pembaca hanya perlu klik pada soalan, dan mereka akan disambungkan kepada jawapan kepada soalan berkenaan.

Grafik – Teknologi terkini internet membolehkan bukan sahaja teks malah grafik dipamirkan di dalam laman Web anda. Ini akan memnampakkan keceriaan di dalam laman Web anda dan membuatkannya sekaligus tampak menarik. Pilihlah imej yang dapat menyalurkan maklumat dan tidak membebankan. Buatkan imej yang kecil dan “fast-loading” kerana pembaca tidak suka menunggu terlalu lama untuk sesuatu mukasurat itu muncul kesemuanya. Bagi mengoptimakan imej, gunakan imej di dalam format 16-color. Menggunakan ikon dan gambar yang kecil dan relevan adalah pilihan terbaik terutama pada navigation bar anda. Grafik bagi navigation bar anda akan muncul di setiap mukasurat laman Web anda membolehkan proses load setiap mukasurat lebih cepat dengan adanya cache. Anda juga boleh merancang memberi pilihan kepada pembaca yang ingin membaca laman Web anda di dalam versi teks sahaja untuk mengelakkan kesesakan.

Mekanisma pencari – Memasukkan mekanisma pencari di dalam laman Web anda dapat membantu pembaca. Pembaca hanya perlu memasukkan perkataan yang dicari untuk mendapatkan senarai mukasurat di dalam tapak Web anda yang mengandungi perkataan tersebut. Pembaca akan berterima kasih jika laman Web yang besar mempunyai elemen ini. Peralatan pencari senang untuk di”maintain” sebaik sahaja ia di”install” ke dalam server Web. Ia secara otomatik akan mengemaskinikan segala data pencari. Terdapat enjin-enjin pencari yang memberi lesen menggunakan teknologi tersebut.

Mukasurat berita – Tapak Web yang baik sentiasa memberikan maklumat terkini kepada pembaca. Anda boleh menggunakan teks ataupun ikon “New” untuk memberitahu pembaca tentang informasi terbaru yang telah anda masukkan ke dalam laman Web anda. Anda juga boleh menwujudkan satu mukasurat khas untuk menyenaraikan berita-berita terbaru. Setelah berlalu satu jangka masa yang ditetapkan anda perlulah memindahkan informasi berkenaan ke dalam kategori yang bersesuaian dan menggantikan pula dengan berita yang baru. Untuk menyenangkan pembaca, sertakan tarikh akhir anda mengemaskini laman Web anda. Pembaca tentu mahu tahu sama ada berita terkini anda merupakan berita yang benar-benar terbaru ataupun sudah lapuk. Tetapkanlah satu jangkamasa sama ada setiap minggu atau dua kali seminggu untuk mengemaskini laman Web anda.

Sambungan yang relevan – Salah satu komponen utama tapak Web ialah koleksi sambungan dengan lain-lain tapak Web yang berkenaan. Satu laman Web yang bagus ialah laman Web yang menawarkan sambungan ke laman Web lain yang merujuk kepada topik yang sama. Anda boleh menawarkan bukan setakat sambungan sahaja, malah anda boleh memberikan ringkasan apa yang terkandung di dalam sambungan tapak Web tersebut kepada pembaca. Ini menyenangkan pembaca memilih laman Web yang mempunyai topik yang dikehendaki.

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]