[vc_row][vc_column][vc_column_text]
Menempah printing baju memerlukan penelitian yang terperinci kerana ia melibatkan wang yang bakal keluar dari poket anda. Bukan seringgit dua, tetapi mencecah ratusan malah ribuan ringgit (bergantung kepada kuantiti & kualiti).
Tambahan apabila membuat tempahan secara online. Anda tidak dapat lihat penjual. Hanya berteraskan kepercayaan yang membuat anda yakin untuk teruskan tempahan.
[/vc_column_text][vc_custom_heading text=”SUPAYA ANDA TIDAK RUGI DAN RASA TIDAK BERBALOI, BERIKUT KAMI BERIKAN BEBERAP TIPS BIJAK SEBELUM MEMBUAT TEMPAHAN CETAK BAJU:” font_container=”tag:h3|text_align:left” use_theme_fonts=”yes”][vc_column_text]
- Paling utama dan sangat perlu anda lakukan adalah semak penjual. Siapa dia? Tinggal di mana, daftar perniagaan, nama perniagaan, online atau offline. Tidak kisah berurusan secara online asalkan kedua-dua pihak terutama penjual jujur dan amanah.
- Jika ada website atau Fanpage, baca dan fahami sepenuhnya tentang harga, terma & syarat, cara penghantaran dan sebagainya. Ia sebagai panduan awal untuk anda kira kos nanti. Walaupun harga murah, jangan terus order. Baca dengan teliti setiap peraturan yang ditetapkan.
- Untuk mengetahui harga dengan lebih tepat, anda perlu mohon sebut harga kepada beberapa penyedia perkhidmatan cetak baju. Bukan hanya lihat satu kedai sahaja. Sebab jika anda survey dan dapat banyak sebut harga, anda dapat membuat pilihan lebih bijak. Anda dapat bandingkan harga, kos tambahan dan tempoh siap.
- Walaupun kami juga boleh cetak baju, kami sangat sarankan anda buat survey di tempat lain. Setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza. Tetapi penyedia cetak baju biasanya boleh cetak apa yang penjual lain boleh buat. Ruang dan skop kerja adalah sama. Bezanya perkhidmatan dan bantuan sahaja.
- Seorang peniaga yang berkredibiliti akan balas pertanyaan email, sms, sebut harga dalam masa yang cepat. Biasanya kurang 24 jam. Yalah, kalau lambat , sakit hati juga pembeli nak tunggu. Tunggu 2-3 hari masih tak dapat apa-apa maklumbalas, bakal pelanggan boleh tinggalkan sahaja. Reputasi akan jadi buruk.
- Tanya semua harga yang sepatutnya ada dalam sebutharga tu. Mengenai kos penghantaran atau kos tersembunyi. Biar jelas. Takut dah confirm harga tu tiba-tiba ada lagi kos penghantaran.
- Tanya berapa lama tempoh siap. Ada yang cepat & ada yang lambat. Biasanya 2-3 minggu. Sebab kadang-kadang order daripada pelanggan lain yang banyak membuatkan order anda mungkin jadi lambat siap. Tak perlu bising atau kecil hati, banyak lagi penyedia cetak baju yang lain yang boleh memenuhi masa anda.
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]