Web Branding

STRATEGI DALAM MEMILIKI SEBUAH LAMAN WEB

[vc_row][vc_column][vc_column_text]

[/vc_column_text][vc_custom_heading text=”ANTARA STRATEGI DALAM MEMILIKI SEBUAH LAMAN WEB ADALAH:” font_container=”tag:h3|text_align:left” use_theme_fonts=”yes”][vc_column_text]

1. Tujuan dan sebab laman dibangunkan

Ini adalah strategi pertama yang perlu dibuat dan dirancang terlebih dahulu. Kebanyakan laman web pada hari ini dibangunkan tanpa tujuan. Setelah segalanya siap, barulah tergadah mencari sebab, misi dan tujuan sebenarnya ia dibangunkan walaupun sekadar blog peribadi.

Akibatnya, setelah beberapa ketika kita dapati laman web tersebut dimuatkan dengan kandungan yang bermacam-macam. Kandungan tidak selaras dan kadang kala mengelirukan pengunjung dalam mendapatkan maklumat dan kandungan yang dicari.

2. Rancang isi kandungan dan kategori

Ini sangat penting. Dengan perancangan yang teratur, maksud dan tujuan sebenar laman dibangunkan boleh difahami dengan mudah oleh pengunjung. Selain itu, kita boleh jadikan setiap isi utama kandungan menjadi menu navigasi dan pengelasan topik. Di akhir pembangunan tidaklah ianya kelihatan bercelaru dan kita sendiri sebagai pemilik laman mudah untuk menyusun setiap kandungan.

3. Ketahui prospek dan golongan pengunjung

Jangan beranggapan semua orang akan mengunjungi laman web kita. Seharusnya kita menentukan siapakah prospek dan target utama yang menggunakan laman tersebut. Mengapa? Kerana ia akan menentukan gaya dan bentuk penyampaian kandungan.

Sebagai contoh, laman web mempromosi tadika atau penjagaan nurseri, prospek kita adalah ibu bapa. Maka corak, gaya penyampaian dan gaya bahasa haruslah ringkas dan mudah difahami. Kita tidak mahu ibu bapa keliru dengan perkhidmatan yang ditawarkan.

Jika laman memuatkan artikel berkaitan dengan kejuruteraan, prospek kita adalah golongan jurutera. Maka bahasa saintifik dan penggunaan terma-terma kejuruteraan sangat sesuai digunakan. Kita juga tidak tersepit dalam dilema dan tidak meniru mana-mana laman web lain.

4. Susun secara kasar bentuk dan kedudukan kandungan

Rancang dan catatkan idea kasar anda pada sehelai kertas kandungan, bentuk dan susunan kandungan. Walaupun anda tidak mempunyai sebarang pengetahuan dan bukan seorang pereka laman web, layari beberapa contoh laman yang kandungannya hampir menyamai dengan bakal laman web kita.

Tidak salah untuk mengambil idea laman-laman web yang ada. Tetapi ia haruslah diolah agar berlainan dan tidak meniru sebulat-bulat laman web tersebut. Kita boleh gunakan konsep yang diimplementasi oleh mana-mana laman web ada.

5. Aturkan perancangan untuk jangka masa panjang

Jangan terlalu gopoh untuk membina laman web. Ambil sedikit masa dan catatkan pada nota ringkas perancangan masa panjang kita. Banyak aplikasi percuma yang boleh digunakan sekiranya anda risau nota akan hilang.

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]